|
5 perlu ada pada lelaki idaman;
Sunday, July 4, 2010 | 1:20:00 AM | 0 comments
pertama;MASKULIN, ramai gadis memuji andai seseorang lelaki itu maskulin. dalam erti kata lain, lelaki perlu mempunyai sifat kelakian yang kuat! maklum sajalah, kekuatan cukup sinonim dengan lelaki. masakan tidak, lelaki maskulin dikatakan mampu melindungi gadis. kedua; PUNYA AURA SENSUAL, ada juga pendapat menyatakan seseorang gadis boleh 'lemah' apabila mendampingi lelaki yang memiliki ciri sensual. secara lumrahnya, gadis sememangnya mendambakan lelaki yang boleh menjadi tempat bermanja selain berkongsi perasaan dan isi hati. ketiga; BERPENAMPILAN MENARIK, kamu perlu tahu kacak bukanlah menjadi intipati buat seseorang lelaki. memadai jika kamu bijak dan pandai untuk bergaya dan menyesuaikan diri di dalam apa saja situasi. malahan supermodel, Selita Ebanks turut berpendapat bahawa lelaki kacak adalah lelaki yang bijak menjaga kebersihan dan penampilan diri. keempat; PANDAI BERGURAU, lelaki yang suka berjenaka atau membuat lawak juga diketegorikan sebagai lelaki yang diingini oleh si gadis! golongan lelaki yang sedemikian dikatakan mampu untuk menceriakan hubungan cinta yang terjalin. tak kan nak serius saje kan? kelima; ROMANTIK, si samping itu sikap romantik yang dimiliki lelaki juga memberi bonus di dalam mengikat hubungan cinta. belaian manja dan ucapan kata kata cinta yang diberikan buat si dia secara tidak lansung mengukuhkan lagi ikatan di antara kamu berdua. hmm.. memang ada gadis yang menyukai lelaki bersikap sempoi, tatapi kamu perlu ingat, tanpa ada rasa sayang dan ambil berat, jalinan cinta tidak akan bertahan lama.. petikan;(remaja bil.572 15 jun 2010) |